Monday, 15 December 2014

ANAK TIDUR KEKENYANGAN KERANA PUAS MENYUSU

Semenjak dua menjak ni, wawa selalu je dok baca mengenai susu pekat susu cair.Ini perihal susu ibu yang terhasil pekat dan cair. 

Sebagai ibu yang menyusukan anak mesti betul-betul menitik beratkan soal pemakanan kan?? Bukan berpantang makan..tapi menjaga pemakanan agar baby dapat khasiat yang baik dari susu yang kita minum. Lagipun memang antara tujuan utama bagi baby minum susu adalah nak serap dan dapat segala khasiat serta nutrien yang baik. Kalau baik pemakanan ibu-ibu, baiklah khasiat serta nutrien yang baby perolehi. kan? :)

Di sini wawa kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk perolehi susu yang pekat dan untuk memperbanyakkan susu. Apapun, konsep asas penyusuan itu adalah perkara terpenting dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2tahun. 

Pemakanan

- Lobak putih : Boleh masak buat sup. Ada jugak orang goreng letak telur dan soohoon.
- Sawi : Yang ni..mulanya macam tak percaya. Tapi memang ada kawan saya yang makan sawi membantu.
- Pegaga : untuk banyakkan susu dan pekatkan susu :)
- Jantung pisang : Boleh jadikan ulam, masak lemak pun sedap jugak.
- Cekur Manis : masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Kacang Hijau : Bubur kacang hijau letak durian. Sedap! Ini boleh pekatkan susu
- Kacang Tanah : panggang kacang tanah dan blend. Masukkan dalam susu kambing. Minum. Lazat!
- Daun Kucai : Daun kucai dan ikan bilis, rebus. Makan dengan nasik panas.
- Petola, bayam, daun turi : masak lemak manis (ini dapat dari blog walking) tak sure sebab tak pernah try.
- Cheese boleh pekatkan susu
- Buah Kurma : Ini ramai yang dah tahu :)
- Kobis - masak air
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau.
- Sayur Bendi : Masukkan dalam asam pedas atau makan ulam.
- Biskut bijirin : Biskut yg ade cereal. Tak kisah biskut apa. Asalkan yang ada careal.

Minuman

- Air masak : Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Sebelum pam susu minum air. lepas pam susu pun minum air.
- Longan Kering : Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja.
- Halba : Rendam dan minum air halba  (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Kalau tak lalu nak minum air, boleh masukkan dalam lauk yang dimasak.
- Oat : Boleh buat lempeng, cekodok letak oat.
- Jus pegaga
- Lobak putih - rebus dan minum. 
-Air Sengkuang Cina - Boleh beli dalam tin brand season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.

Tinggalkan AIS dan MINUMAN SEJUK sebab ini adalah antara punca susu kurang pada sesetengah ibu.



ESP MEMBANTU IBU MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN


ESP product hot shaklee, sangat hot terutama di kalangan ibu menyusu. Boleh dikatakan majoriti ibu menyusu memilih shaklee sebagai makanan tambahan harian mereka.


ESP memberi kelebihan berikut :-

  1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
    bak kata Farah di SARAKIDS

    "Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu"
  2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protin akan diambil di dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. Protein adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi andaMenurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari.
  3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP. 
Walaubagaimanapun perlu diingatkan, selain mengamalkan pengambilan ESP,  ibu2 perlu mengamalkan teknik penyusuan dengan betul, pengambilan air yang cukup dan jadual pam yg konsisten semasa anak tiada bersama bagi menyokong kejayaan perjalanan penyusuan. Fahami konsep supply by demand. Pastikan juga ibu jauh dari stress dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun, terbaik untuk anak anda :)

==========================================
FREE CONSULTATION
SID:NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA
NO TELEFON: 016-7885402/017-7919722
COD: KLUANG, MERSING DAN KAWASAN SEKITARNYA

==========================================