Sunday, 30 November 2014

CARA MENGURANGKAN SAKIT LUTUT MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Sebut pasal piala AFF Suzuki nih mesti laa tau kan?? Kita pernah menjulang piala AFF SUZUKI ni 4 tahun lepas. Tahun nih kita mesti menang lagi. Semalam je Malaysia dah tumpaskan Singapura dengan 3-1. Alhamdulillah!!!

Cerita pasal bola ni and bersukan. wawa nak share macam mana nak mengurangkan sakit  lutut.
Ok sebelum tu kita ketahui dulu jenis-jenis kecederaan nih.



Kecederaan Ketika Bersukan

Terdapat pelbagai punca yang  boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan ketika bersukan. Antara punca utama adalah apabila pertembungan di antara satu sama lain, seperti bola sepak, futsal dan ragbi.
Ia juga boleh disebabkan hentakan daripada pihak lain atau daripada peralatan sukan yang digunakan yang mungkin berpunca daripada pihak lawan atau kesilapan anda sendiri.
Selain itu, kecederaan ketika bersukan mungkin berpunca akibat anda terjatuh atau anda melakukan senaman yang dilakukan melampaui had yang ditetapkan.

Jenis-Jenis Kecederaan

Jelas terdapat pelbagai jenis kecederaan yang bakal dihadapi ketika bersukan. Antara kecederaan yang sering dialami ialah:

1.   Luka dan Lebam
Boleh dikategorikan sebagai kecederaan paling ‘ringan’ ketika bersukan. Ia mungkin disebabkan pergeseran, tidak kira daripada pihak lawan, peralatan sukan atau daripada permukaan di sekeliling anda.
Kesakitan yang dialami tidaklah begitu serius. Kepedihan dan kesakitan yang dialami mungkin tidak lama, paling maksimum lingkungan seminggu. Namun, memerlukan rawatan yang segera untuk memastikan ia tidak menjadi lebih teruk.

2.   Ketegangan Otot
Kekejangan otot berpunca akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.
Ketegangan otot mungkin mengambil masa yang sedikit, mungkin beberapa saat atau minit. Namun, ia juga boleh mengambil masa yang panjang, bergantung kepada tahap kesihatan invidu tersebut.

3.   Kecederaan Lutut
Kecederaan lutut sering kali terjadi kepada sukan yang memerlukan pergerakan yang licah, seperti badminton. Ia berlaku apabila tulang-tulang kaki bergerak ke arah yang bertentangan dengan bebanan berat badan. Ligamen yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah lutut, akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.

4.   Kecederaan Tendon Achilles
Kecederaan ini sering dialami kepada sukan yang menggunakan banyak larian dan pecutan.
Tendon Achilles ialah urat tendon besar  yang menghubungkan otot Gastronemius dan otot Soleus dengan tulang tumit kaki (Camcaneus) yang terletak dibelakang kaki. Peranan tendon ini adalah untuk menolak kaki  ke depan ketika berjalan dan berlari. Kajian mendapati punca utama ialah tisu yang merosot dan hilang struktur asal serat tisu.

5.   Patah Tulang
Ia adalah antara kecederaan ketika bersukan yang paling serius dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Selalunya, ia disebabkan hentaman yang kuat daripada permukaan sekeliling atau daripada pihak lawan. Kecederaan patah tangan dan kaki adalah yang antara kerap berlaku akibat sukan.

Bagaimana Hendak Merawat Kecederaan?

Jika seseorang itu mengalami masalah kecederaan ketika bersukan, ia memerlukan rawatan segera ke pusat kesihatan di klinik atau hospital. Namun, bagi kecederaan ringan ia boleh dirawati dengan cara mudah, iaitu dikenali sebagai keadah RICE. Ianya boleh diaplikasi kepada diri anda sendiri dan rakan-rakan anda yang terlibat dengan kecederaan.

Cara melaksanakan kaedah RICE ialah:

  • Rest (Rehat): Rehat atau berhentikan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan pada diri. Guna peralatan yang mampu menyokong pergerakan anda, seperti tongkat dan kerusi roda.

  • Ice (penggunaan ais): Gunakan ais dan balutnya menggunakan kain atau plastik, kemudian tekapkan pada bahagian luka atau otot yang tercedera. Ia mampu mengurangka  luka, bengkak dan ketegangan otot.

  • Compression (balutan): Ambil kain balutan untuk mengurangkan luka atau bengkak yang anda alami. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

  • Elevation (gantung): Letakkan anggota yang terlibat lebih tinggi dari jantung anda supaya  dapat  mengurangkan kekejangan otot dan bengkak.


 AJHT DAN OSTEOMATRIX DAPAT MENGURANGKAN SENGAL-SENGAL LUTUT 

 

  • Membaiki keselesaan sendi
  • Mengurangkan sengal-sengal lutut
RM 124.00
 








  •  Menghalang kepupusan tulang
  • Menambahkan kalsium 
RM 60.00 SAHAJA








Ternyata bersukan juga mempunyai risiko yang tinggi untuk dilanda kecederaan. Pastikan anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko kecederaan  ketika bersukan iaitu melakukan senaman memanaskan badan, memakai peralatan perlindungan dan sebagainya.
Amalkan senaman sebagai gaya hidup anda yang sihat.

=================================================
FREE CONSULTATION
SID:NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA(WAWA)
NO TELEFON: 07-7919722/016-7885402
COD: KLUANG,MERSING,BANDAR TENGGARA DAN KAWASAN SEKITARNYA
=================================================== 



Saturday, 29 November 2014

SEMBELIT HILANG DENGAN CEPAT TANPA PERLU MENUNGGU LAMA DIDALAM TOLET

Sembelit.. nak cerita pasal sembelit.. sembelit ni dalam bahasa ringkasnya ialah najis yang berketul-ketul yang susah nak keluar. Sape je yang tak penah kena sembelit nih?? semua orang pasti merasai. Ada orang cakap kita kena sembelit sebab kita kurang minum air. macam- macam lagi laa
TAPI!!! HARUS DIINGATKAN JANGAN PANDANG RINGAN JIKA TERKENA SEMBELIT NIH!!

Kenapa wawa cakap macam tu sebab masalah sembelit ni boleh mengundang kepada penyakit buasir tau. Wawa akan kongsikan punca-punca masalah sembelit.


namihealthcarebeautyshop.blogspot.comP


PUNCA-PUNCA MASALAH SEMBELIT


  • Pemakanan tidak seimbang – pola pemakanan yang kurang serat dan air, terlalu banyak makan makanan yang telah diproses.
  • Pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.
  • Tidak bersenam antara punca yang menyebabkan berlakunya sembelit. Gaya hidup zaman sekarang yang sentiasa mengejar masa membuatkan rutin senaman diabaikan.
  • Tabiat ke tandas yang kurang baik(suka bertangguh untuk ke tandas). Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.

CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT



  • Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan serat dan air dalam menu harian. Tambahkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk merangsang usus yang sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan.
  • JANGAN BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila merasakan desakan untuk membuang air besar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak ke tandas.
Bertindak sekarang, sebelum terlambat. Atasi masalah sembelit anda. Bebaskan diri anda daripada kesakitan. Jangan risau kerana sembelit adalah masalah yang boleh dirawat. Cuma pastikan anda pilih cara yang betul.

LECITHIN MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT

namihealthcarebeautyshop.blogspot.com



FUNGSI LECITHIN

=> Meringankan sembelit : lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin didalam usus



=================================================
FREE CONSULTATION
SID: NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA (WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722/ 016-7885402
COD: KLUANG, BANDAR TENGGARA, MERSING DAN KAWASAN SEKITARNYA

===================================================

Friday, 28 November 2014

KENALI BAGAIMANA TERJADINYA PENYAKIT BATU KARANG

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

 


Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.
Jenis Batu karang
Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
 Perlukah kita berpantang?

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Thursday, 27 November 2014

KEKURANGAN TENAGA MENYEBABKAN HILANG FOKUS SEMASA BELAJAR

Tenaga yang berkurangan menyebabkan badan menjadi lemah dan lesu. Bagi mereka yang masih belajar kekurangan tenaga menyebabkan kita hilang fokus time belajar. Ada kalanya, fokus terganggu kerana bila kita kekurangan tenaga dalam badan, otak tak dapat bekerja dengan baik dan idea-idea yang bernas tak dapat kita keluarkan. 

Wawa akan share macam mana nak kekalkan tenaga sepanjang hari.  Bagaimana kita nak kekalkan tenaga itu? Untuk mengekalkan tenaga itu kita perlu mengamalkan langkah-langkah di bawah. InsyaAllah tenaga dalam badan kita akan meningkat dan mudah untuk melakukan perkerjaan seharian yang semestinya sangat memerlukan tenaga yang banyak.

CARA MENGEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI

1. Sentiasa makan sarapan pagi



Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.



2. Makan sedikit tetapi lebih kerap



Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa

letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.



3. Bersenam



Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.



4. Beri sel anda makan



Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.



5. Makan makanan tinggi tenaga



Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.



6. Minum air



Minum air dengan kerap. Badan memerlukan 3 liter air satu hari



7. Minum jus



Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.



8. Kurangkan penggambilan kafein



Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.



9. Vitamin



Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).



10. Galian/Mineral



Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..
11. Mempunyai tidur yang cukup
Kita mestilah mempunyai tidur yang mencukupi. Kalau tak, badan memang akan letih dan keesokannya.

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE MAMPU MENGEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN.

namihealthcarebeautyshop.blogspot.com
Performance Drink merupakan minuma isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima
Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak. Menarik bukan?


KELEBIHAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Performance Drink mempunyai banyak kelebihan berbanding minuman isotonik biasa.



  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Tidak mengandungi lemak
  • Tidak mengandungi kolestrol
  • Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus. 
  • Membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa)
  • Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya? Tubuh lebih bertenaga dan cergas!

Siapakah yang sesuai mengambil Performance Drink?


Beberapa golongan di bawah ini disarankan untuk mengambil Performance Drink:

  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (minum air pun muntah)

  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang aktif bersuka
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Mereka yang kurang sihat (demam, selsema dsb)
  • Kanak-kanak yang demam
  • Mereka yang gemar minuman isotonik (altenatif yang lebih sihat)

 MACAM MANA NAK DAPATKAN PERFORMANCE DRINK??

ORDER SEKARANG!!!
SID: NURUL AZWA(WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722 / 016-7885402
COD : KLUANG, MERSING, BANDAR TENGGARA DAN KAWASAN SEKITARNYA

 

Wednesday, 26 November 2014

TIDAK MENJAGA KETERAMPILAN DAN BAU BADAN YANG BUSUK PUNCA SUAMI PASANG LAGI SATU

Badan berbau ni memang la amat terkesan. wawa sendiri memang tak boleh bila tercium bau badan yang amat tengik. pehh memang terbaik lah bau dia.. macam nak termuntah... hidung wawa ni memang sensitif,biasa lah kan,,wawa kan lahir tahun anjing..ahahhahaha..

Pernah tak korang jumpe ada yang muke lawa atau hensem sekali tup-tup bau badan dia memang tiptop.. Kalau wawa, wawa panggil bau bawang.. ahahhaha..bau dia amat tegal.. Ada kalanya nih, wawa kan perempuan so wawa bagi contoh perempuan laa yee, perempuan atau wanita bila belum kahwin, pehhh  bila dating, pakai minyak wangi satu badan macam lori minyak wangi tumpah kat badan, Sekali je bila kawin da tak nak da jaga keterampilan, dengan badan bau bawang, rambut kusut masai. Even wawa belum kahwin, wawa da banyak da dengar kes-kes yang contohnya suami pasang lagi satu, suami ada perempuan simpanan atau skandal. Akak-akak kena tahu, kadang-kadang punca laki kita cari lain tu faktornya daripada diri kita sendiri.

Contoh lah kan husband tu seorang Pengarah Syarikat yang tersohor, lepas tu syarikat husband ada buat dinner or any event. Da tentu lah dia kena bawak wife dia pergi event-event ni kan? Dengan akak yang kusut masai ni takkan lah kan dia nak bawak?? So kite ni sebagai orang perempuan kena lah jaga imej. So wawa bagi tips macam mana nak  sentiasa kemas, bersih dan berketrampilan.



TIPS MENJAGA KETAMPILAN 

Peka terhadap kebersihan
 
Badan yang bersih mampu mengelakan anda dari sebarang penyakit. Sedar atau tidak sebenarnya mempengaruhi penampilan anda sehari-hari. Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya wanita adakah mereka rela keluar dengan lelaki yang pengotor (berkuku hitam, nafas berbau dan berkelumumur) walaupun mengenakan pakaian berjenama terkenal dan pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut mereka ialah “TIDAK”. Elakkan berlakunya perkara sedemikian dengan mengambil berat perihal kebersihan. Lakukan sesuatu terhadap anggota atau bahagian badan yang ‘bermasalah’ secepat mungkin.

Cergas dan cerdas serlahkan penampilan

Peruntukkan masa yang singkat untuk melakukan senaman yang ringkas, mampu kelihatan dan cerdas sepanjang hari sekali gus mencerminkan penampilan yang menarik ketika berada di khalayak. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang sihat memberikan anda lebih stamina untuk melakukan sesuatu kerja selain memberi kesan positif kepada sikap serta keyakinan diri.
Lebih penjagaan untuk kulit wajah
Bayangkan anda berada di sebuah majlis yang hebat, berpakaian mahal tetapi tiada seorang pun wanita yang sudi menghapiri. Pastinya seribu satu macam persoalan menghuni fikiran mengapa situasi tersebut berlaku. Periksa kembali penampilan anda dan mungkin juga bahagian yang bermasalah ialah kulit wajah. Aplikasikan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembap selain mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan keserian wajah.

Amalkan sikap berbudi bahasa

Umum mengetahui bahawa wanita amat tertarik kepada lelaki yang bersikap gentleman seperti membuka pintu kereta. menarik kerusi di meja makan atau memimpin ketika melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada individu yang lebih memerlukan dan banyak lagi. Dengan mempraktikkan cara ini, penampilan anda pasti lebih lengkap di samping wajah yang kacak, pakaian yang segak serta amalan kebersihan yang sempurna.

Selain itu, cara terbaik untuk menjaga ketrampilan dan mengelakkan bau badan yang busuk, wawa juga nak share tentang supplement yang dapat membantu menghilangkan bau badan juga

SUPPLEMENT SHAKLEE MAMPU SELESAIKAN MASALAH BAU BADAN


Kita juga boleh mengambil supplement seperti supplement Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.


Alfalfa Complex
Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.



Garlic Shaklee
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.



Herb-Lax
Herba-Lax Shaklee
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.



Ini adalah antara set untuk hilangkan bau badan. Buat lahs sesuatu sebelum suami cari lain dengan ORDER sekarang!!!

************************************************************************************
FREE CONSULTATION
SID: NURUL AZWA(WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722/016-7885402
COD: KLUANG, MERSING ,BANDAR TENGGARA DAN KAWASAN SEKITARNYA.
********************************************************

Tuesday, 25 November 2014

ANAK SELALU DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG

Ibu bapa mana yang tak nak tengok anak mereka cemerlang kan??? Anak yang cemerlang lahir daripada banyak aspek..ramai yang ingin anak yang cerdas tapi tidak tahu macam mana nak lakukan.. ibu bapa perlu ambil tindakan yang cepat.. so malam ni wawa nak share  macam mana nak anak cergas.
Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan pemakanan yang baik untuk otak dan minda.
– Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati yang baik serta mencerdaskan minda.
PUASA
- Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh mengamalkan puasa sunat.
Bezita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak. Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa sunatnya itu.
Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
HAFAZ AL-QURAN
Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya. Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.
SOLAT
Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri, berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita, Allah akan perbaiki urusan dunia kita.

Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi, bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.
Solat tiang kejayaan!
Solat tiang kejayaan!


DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN
Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu, dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar. Kit harus memujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping kesusahan ada kesenangan yang menanti.

BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN
Sebelum wawa mengundur diri, sukalah wawa ingatkan pada diri sendiri bahawa iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar. Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah setiap kali ingin belajar. Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.

OMEGA GUARD MEMBANTU MENCERDASKAN OTAK ANAK
Omega Guard antara supplement yang dapat mencerdaskan otak  anak-anak anda.

Monday, 24 November 2014

NAK CANTIK MACAM RITA RUDAINI

Ramai nak cantik macam rita rudaini.. tapi ramai tak nak tau macam mana nak cantik macam dia..ramai yang wawa dengar rata-rata yang cakap..ala dia memang cantik.. keturunan dia pon cantik..sebenarnya.. salah.. mereka bukan lah lahir-lahir je terus cantik atau macho.. mereka ni pon sama je dengan kita..nak cantik .. kan??? So wawa nak share tips-tips macam mana nak muke flawless..


TIPS NAK KULIT FLAWLESS

Tip Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.                                                                                                                                                           
Tip Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.                                                                               
Tip Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.                                                                                                                                                                      
Tip Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.                                  
Tip Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.                       
Tip Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.                                                                                                                         
Tip Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.                                                                                                                                                              
Diatas adalah 7 pilihan panduan, rahsia, teknik, kaedah, bagaimana cara, tips atau petua melembutkan kulit muka. Selain ianya melembutkan kulit muka, ianya juga dapat menghaluskan, mencantikkan dan mencerahkan kulit muka.

Sunday, 23 November 2014

KEKAL CANTIK KETIKA HAMIL

ibu hamil selalu berdepan dengan kulit tidak bermaya apabila usia kandungan melewati 8 bulan lebih. Selain kesihatan dan pemakanan yng perlu dijaga oleh wanita hamil. Kecantikan jugak perlu dijaga oleh mereka. Nak ke orang cakap EEEE.. "Kenapa muka kau mase mengandung pucat lesi, dengan jerawat bersepah". Hah, bila wanita hamil dengar orang mengata pasal muke mereka pastilah menambahkan stress kan?? 

Mase wawa buat part time kerja kat Sakan, ramai wanita hamil yang wawa jumpe tak menitikberatkan pasal kecantikkan mereka. Ramai customer yang pregnant bila di tanye akak nape kulit akak penuh jerawat?? Nak tau ape dia kata.. alaa pembawakan budak-budak je.. Meman lah pembawakan budak-budak tapi tak takut ke kalau cik abang cari lain dalam tempoh akak mengandung tu?? hah!!! amacam sentap??? hehehhe.. 

namihealthcarebeautyshop.blogspot.com

Even kita hamil kita mestilah menjaga kecantikkan jugak. Jangan nak ambil lewa je benda nih. SO wawa nak share tips untuk kekal cantik ketika hamil

TIPS UNTUK KEKAL CANTIK KETIKA HAMIL

Bersenam Dengan Teratur

Dengan bersenam secara teratur badan akan menjadi sihat dan segar serta mencegah tubuh daripada menjadi terlalu gemuk ketika hamil.
Jika anda rajin bersenam ketika hamil juga akan menjadikan jantung berfungsi lebih berkesan sehingga peredaran darah ke janin menjadi lebih lancar. Lakukanlah senaman yang ringan dan mudah seperti berjalan kaki, berenang, yoga dan regangan untuk ibu hamil.

Solekan

Jika bersolek, guna kosmetik yang bersesuaian kulit anda, kerana ketika hamil kulit akan menjadi lebih sensitif. Jika mempunyai masalah pada kulit wajah, sebaik-baiknya berjumpa doktor kulit untuk mengatasinya.

Khasiat Dan Vitamin

Rajinlah mengambil pelbagai jus buah segar yang banyak mengandung Vitamin C, yang dapat membantu penyerapan zat besi agar tubuh terhindar daripada anemia.
Ibu hamil harus pandai mengatur pola makan, makanlah sedikit-sedikit tapi sering untuk mencegah rasa mual kerana perut kosong.

Merawat Wajah

Sewaktu hamil wajah akan lebih banyak mengeluarkan minyak pada bahagian pipi, hidung dan dagu yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Bersihkanlah wajah dengan susu pembersih dan penyegar sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Rehat Yang Cukup

Biasakan diri untuk beristirahat pada siang hari, gunakanlah waktu itu untuk mendengar musik lembut, membaca buku, bersantai atau tidur.
Ini dapat membantu merenggangkan saraf-saraf yang tegang menjadi kendur, agar anda kembali segar.

Mandi Secara Teratur

Saat hamil tubuh akan mengeluarkan lebih banyak peluh. Untuk itu mandi dan bersihkanlah tubuh sekurang-kurangnya dua kali sehari secara teratur.
Apabila mandi badan menjadi segar dan tidur lebih selesa. Setelah selesai mandi sapukan losen badan yang tidak mengandungi minyak zaitun agar kadar minyak pada tubuh tidak terlalu tinggi.

Penjagaan Gigi

Wanita mengandung mudah mengalami sakit gigi jadi berikan tumpuan lebih pada penjagaan gigi dan mulut. Ketika hamil anda juga akan sering mengalami mual dan muntah.
Jadi pastikan anda membersih dan menyegarkan kembali mulut setiap kali selepas muntah. Jangan sampai orang tidak senang berbual dengan anda kerana bau mulut yang kurang enak.

Pengambilan Supplement yang selamat

Pengambilan supplement amatlah penting kerana kulit wanita hamil amat sensitif silap pakai atau makan supplement boleh alergi. so wawa suggest kan ambil lah supplement shaklee yang selamat dan diiktiraf dari KKM. 

namihealthcarebeautyshop.blogspot.com 

Wawa suggest kan ambil laa ESP nih kerana ESP ni banyak sangat khasiat untuk semua orang terutama nya untuk ibu hamil. KENAPA wawa cakap macam tu??

  • ESP memberikan tenaga yang berterusan kepada ibu hamil. yelah kan ibu hamil memerlukan banyak tenaga kan?? so dengan pengambilan ESP ibu hamil tidak akan mudah letih dan penat.
  • Membantu menjadikan kulit berseri dan anjal. Kadang-kadang ibu yang hamil ni kulit terus menjadi kusam. So ESP dapat membantu menganjalkan kulit kerana mempunyai asid amino yang bertindak untuk menjaga kulit dan macam-macam lagi
  • Selain mencantikkan kulit ESP jugak menjadi buruan untuk ibu yang lepas bersalin. kenapa??? kerana ESP membantu ibu mengeluarkan susu yang banyak dan mudah dihadam oleh anak. 
 
 

 BERAPA HARGA ENERGIZING SOY PROTEIN(ESP)???

HARGA RETAIL: RM 140.00 SAHAJA


MANA NAK DAPATKAN ESP NIH???

HUBUNGI WAWA DI
NO TELEFON: 017-7919722/016-7885402
FB: WAWA NURUL AZWA
FBPAGE: NAMI HEALTH CARE BEAUTY SHOP
FREE CONSULTATION