Friday, 19 December 2014

CARA NAK ELAKKAN GUGUP DI KHALAYAK RAMAI

Setiap orang pasti mengalami masalah bila nak bercakap depan ramai org.. wawa sendiri jugak mengalami benda yang sama.. bila berhadapan dgn org mula laa rasa gugup. 
Sebelum wawa pergi lebih jauh, wawa akan terangkan dahulu apa yang dikatakan tentang Pengucapan Awam. “Pengucapan Awam” adalah satu proses bercakap dikhalayak ramai atau bercakap dengan satu kumpulan manusia secara tersusun, dengan tujuan untuk memaklumkan sesuatu, meyakinkan atau menghiburkan pendengar. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk memotivasikan manusia, menyampaikan ilmu dan berkongsi cerita. Seseorang yang mengamalkan Pengucapan Awam yang baik, bukan sekadar mampu menyampaikan maklumat dengan baik tetapi juga mampu untuk mengubah emosi para pendengarnya.
Namun tidak semua orang boleh membuat Pengucapan Awam dengan baik. Jadi dibawah ini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya tahu mengenai Cara Mengatasi Masalah Darah Gemuruh Semasa Membuat Pengucapan Awam.
Bertenang & Yakin Diri
Motivasikan diri, yakinkan diri dan belajar untuk disiplinkan diri. Latih diri untuk sentiasa berfikiran positif. Jangan suka melihat kelemahan sendiri sebaliknya sentiasa melihat kelebihan diri. Perasaan gemuruh akan lebih meningkat sekiranya kita cuba untuk melawannya. Maka kita perlulah menerima dengan tenang agar badan kita mampu memberi respon untuk buat yang terbaik. Dengan ini kita akan dapat mengawal perasaan dengan lebih baik.
Ambil Wudhuk dan Berselawat
Dengan berwudhuk kita dapat menenangkan hati dan fikiran. Banyakkan juga berselawat dan berniat agar kita tidak dihinggapi dengan masalah darah gemuruh.
Amalkan Doa sebelum Membuat Pengucapan Awam
Amalkan Doa Nabi Musa AS…
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku…
(Surah Taha : 25 -27 )
Beranikan Diri
Salah satu sebab kita berasa gemuruh adalah kerana kita takut untuk melakukan kesalahan. Maka, katakan pada diri kita bahawa kita berani menanggung apa saja kesalahan yang berlaku. Tanamkan sifat berani dan bertanggungjawab dan buang jauh-jauh rasa takut untuk melakukan kesalahan.
teknik pengucapan awam
Buat Persediaan
Untuk membuat persediaan, kita perlu tahu apa itu Teknik Pengucapan Awam. Bermula dari pemilihan tajuk Pengucapan Awam yang hendak dibentangkan, sedikit kajian siapa pendengar dan latar belakang pendengar untuk memudahkan kita membuat pendekatan agar apa yang cuba untuk kita sampaikan nanti sesuai dengan peringkat kefahaman para pendengar.  Bagi membolehkan kita untuk mengawal keadaan, pilihlah tajuk pengucapan yang mudah untuk kita kuasai atau sesuai dengan kepakaran kita. Pastikan kita mempunyai maklumat baru yang boleh kita kongsikan kepada para pendengar.
Sediakan teks ucapan sebagai latihan untuk kita berucap. Selitkan sedikit humor didalam pengucapan agar para pendengar tidak mudah bosan. Pengucapan Awam yang dibuat perlulah ada kata-kata aluan, isi-isi kandungan dan kata penutup. Tekankan pada isi-isi penting kandungan semasa berucap. Contohnya, “Persoalan pertama yang ingin saya kupas adalah…” Ini membolehkan pengucapan yang dibuat kelihatan lebih teratur. Selain itu para pendengar juga akan dapat menangkap apa yang cuba kita sampaikan.
Banyakkan membaca dan membuat kajian tentang apa yang akan kita bentangkan. Ianya boleh membantu kita untuk mengurangkan masalah kekeringan idea semasa berucap. Sediakan juga kad-kad kecil yang bertulis kata kunci untuk pengucapan kita. Ianya membantu kita untuk mengingati apa yang perlu kita huraikan didalam pengucapan. Selain itu mahirkan juga dengan intonasi suara semasa berucap. Tandakan pada teks uacapan yang kita buat dimana ayat-ayat yang perlu ditekankan dengan intonasi suara yang tinggi.
Latih Berucap
Sesudah membuat teks ucapan dan membuat kajian, apa yang perlu kita buat adalah berlatih berucap. Kita boleh memilih untuk belajar berucap seorang diri dihadapan cermin atau berlatih dihadapan rakan-rakan kita. Dengan berlatih dihadapan rakan-rakan sendiri, ia akan melatih diri kita untuk berucap dihadapan sebilangan orang. Sambil itu, rakan-rakan juga boleh menegur apa yang bagus atau apa yang perlu kita perbaiki lagi semasa membuat Pengucapan Awam.
Secara tidak langsung ia akan mengurangkan masalah gemuruh semasa kita membuat Pengucapan Awam yang sebenar. Dimana, sekiranya masih ada perasaan gemuruh semasa hendak berucap, kita boleh larikan mata kita dengan memandang rakan-rakan kita yang sudah biasa mendengar kita berlatih berucap. Dengan itu kita tidak akan berasa gugup untuk berucap.
Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai rakan-rakan yang boleh membantu anda berlatih seperti yang saya terangkan tadi, tidak salah sekiranya anda mengikuti kursus atau menyertai Kelab Pidato Perdana bagi mengasah diri agar lebih berkeyakinan untuk membuat Pengucapan Awam. Ini kerana kita memerlukan suasana yang sebenar untuk melatih diri untuk lebih fasih dan yakin didalam melakukanPengucapan Awam. Berbanding kita membuat latihan dihadapan cermin, ia tidak akan membantu kita untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita kerana cermin tidak mampu untuk bersuara menegur kita.
Baiklah, cukup setakat ini sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan. Rasanya ini pun sudah panjang lebar juga huraian yang telah saya buat mengenai Cara Mengatasi Masalah Darah Gemuruh Semasa Pengucapan Awam. Semoga ianya dapat menjadi rujukan bagi sesiapa yang memerlukan.
Bagi mereka yang benar-benar serious memerlukan latihan untuk memahirkan diri didalam Pengucapan Awam, jangan lupa untuk menyertai Kelab Pidato Perdana. Semoga ianya dapat membantu.

Thursday, 18 December 2014

ATASI MASALAH DEMAM KUNING

Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. Pihak hospital akan memantu perkara ini dimana rawatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjanganApakah rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning?
Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis pada kadar yang lebih rendah. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.
Apakah punca demam kuning?
Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.
Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.
Susu ibu baik untuk bayi
Susu ibu baik untuk bayi
1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
2. Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.
Cuba berikan susu kambing
Cuba berikan susu kambing
3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice
Kenakan cahaya matahari
Kenakan cahaya matahari
4. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.
Pastikan madu yang asli
Pastikan madu yang asli
5.  Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini tidak tertumpu kepada bayi yang menghidap jaundice sahaja.
Ingat Allah selalu dengan zikir
Ingat Allah selalu dengan zikir
6. Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.
Jika mahukan cara mengelakkan dan cara mencegah bayi kuning, boleh rujuk artikel terdahulu kami di sini.

Wednesday, 17 December 2014

MIGRAIN MEMBATASKAN PERGAULAN SEHARIAN

Migrain ooh migrain. Topik hangat ini menjadi tumpuan para penghidap sakit migrain atau sakit kepala yang serius. Migrain juga menyebabkan pergaulan antara kita dan kawan kita menjadi terbatas dan menyebabkan kita tidak merasa selesa. 

Selain itu, emosi kita turut terganggu, kerana kita mudah rasa tertekan. Orang yang mengalami migrain ni tak boleh kena push. Memang melepek je laa

PUNCA-PUNCA MIGRAIN


  • Kesan daripada alahan seseorang
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau wangi yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi 
  • Waktu tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • StresS 
  • Menahan lapar
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

 

SET MIGRAIN SHAKLEE MAMPU MENGATASI MASALAH MIGRAIN




  • Ostematrix.-Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium dapat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine. Lagi satu, Ostematrix ni sangat2 bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.

  • B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress,strok dan depressi.Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi"
Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplement juga dapat membantu.




********************************************************************************
SID: NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA(WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722/016-7885402 
COD AREA: KLUANG,MERSING DAN KAWASAN SEKITARNYA

**********************************************************************************************

Tuesday, 16 December 2014

CARA MENGATASI RAHIM YANG LEMAH DAN KEGUGURAN

Keguguran berlaku sebelum usia janin berusia 20 minggu. In berlaku mungkin kerana rahim lemah atau pembentukan janin yang tidak sempurna. 




TANDA-TANDA KEGUGURAN

  • Pendarahan di vagina
  • Sakit dan kejang di pelvik
  • Tidak lagi rasa tanda-tanda kehamilan seperti mabuk, loya, muntah-muntah kerana tiada lagi hormon kehamilan yang mengekalkan kehamilan.
  • Tiada denyutan jantung bayi melalui ujian ultrasound
  • Tiada pergerakkan bayi melebihi 4 jam
  • Ujian kehamilan bertukar kepada negative
  • Lelehan faraj seperti darah berketul-ketul keluar

CARA MENGATASI KEGUGURAN

Kekurangan protein semasa hamil boleh menyebabkan keguguran. Jadi untuk elak keguguran, ibu perlu pastikan mengambil protein yang cukup dan SELAMAT.

Terdapat sesetengah sumber protein seperti tuna dan ikan sardin yang agak bahaya jika diambil boleh ibu mengandung. Ini kerana ikan-ikan tersebut mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Ini boleh membahayakan ibu dan anak yang dikandung.

Lebih baik pilih ikan sungai yang kurang terkena pencemaran, seperti talapia, siakap dan juga ikan keli. Tinggi kandungan protein, rendah lemak dan kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak bayi.

Tahukah ibu? Bahawa protein sangat penting semasa trisemester pertama dan kedua. Kekurangan protein boleh menyebabkan janin gugur. Protein yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan tisu-tisu pada janin. Juga memastikan perkembangan yang baik untuk otak bayi yang dikandung. Dan lebih penting lagi bantu elak risiko keguguran.


Sumber protein boleh didapati dari:
  • Ayam
  • Daging
  • Telur
  • Susu
  • Ikan
  • Kekacang
  • Dan pelbagai lagi

SET KESUBURAN SHAKLEE MEMBANTU MENGELAKKAN MASALAH KEGUGURAN

  • Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.
  •  Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

  • B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

  •  Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

  • GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

  • Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

 



Monday, 15 December 2014

ANAK TIDUR KEKENYANGAN KERANA PUAS MENYUSU

Semenjak dua menjak ni, wawa selalu je dok baca mengenai susu pekat susu cair.Ini perihal susu ibu yang terhasil pekat dan cair. 

Sebagai ibu yang menyusukan anak mesti betul-betul menitik beratkan soal pemakanan kan?? Bukan berpantang makan..tapi menjaga pemakanan agar baby dapat khasiat yang baik dari susu yang kita minum. Lagipun memang antara tujuan utama bagi baby minum susu adalah nak serap dan dapat segala khasiat serta nutrien yang baik. Kalau baik pemakanan ibu-ibu, baiklah khasiat serta nutrien yang baby perolehi. kan? :)

Di sini wawa kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk perolehi susu yang pekat dan untuk memperbanyakkan susu. Apapun, konsep asas penyusuan itu adalah perkara terpenting dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2tahun. 

Pemakanan

- Lobak putih : Boleh masak buat sup. Ada jugak orang goreng letak telur dan soohoon.
- Sawi : Yang ni..mulanya macam tak percaya. Tapi memang ada kawan saya yang makan sawi membantu.
- Pegaga : untuk banyakkan susu dan pekatkan susu :)
- Jantung pisang : Boleh jadikan ulam, masak lemak pun sedap jugak.
- Cekur Manis : masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Kacang Hijau : Bubur kacang hijau letak durian. Sedap! Ini boleh pekatkan susu
- Kacang Tanah : panggang kacang tanah dan blend. Masukkan dalam susu kambing. Minum. Lazat!
- Daun Kucai : Daun kucai dan ikan bilis, rebus. Makan dengan nasik panas.
- Petola, bayam, daun turi : masak lemak manis (ini dapat dari blog walking) tak sure sebab tak pernah try.
- Cheese boleh pekatkan susu
- Buah Kurma : Ini ramai yang dah tahu :)
- Kobis - masak air
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau.
- Sayur Bendi : Masukkan dalam asam pedas atau makan ulam.
- Biskut bijirin : Biskut yg ade cereal. Tak kisah biskut apa. Asalkan yang ada careal.

Minuman

- Air masak : Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Sebelum pam susu minum air. lepas pam susu pun minum air.
- Longan Kering : Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja.
- Halba : Rendam dan minum air halba  (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Kalau tak lalu nak minum air, boleh masukkan dalam lauk yang dimasak.
- Oat : Boleh buat lempeng, cekodok letak oat.
- Jus pegaga
- Lobak putih - rebus dan minum. 
-Air Sengkuang Cina - Boleh beli dalam tin brand season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.

Tinggalkan AIS dan MINUMAN SEJUK sebab ini adalah antara punca susu kurang pada sesetengah ibu.



ESP MEMBANTU IBU MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN


ESP product hot shaklee, sangat hot terutama di kalangan ibu menyusu. Boleh dikatakan majoriti ibu menyusu memilih shaklee sebagai makanan tambahan harian mereka.


ESP memberi kelebihan berikut :-

  1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
    bak kata Farah di SARAKIDS

    "Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu"
  2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protin akan diambil di dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. Protein adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi andaMenurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari.
  3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP. 
Walaubagaimanapun perlu diingatkan, selain mengamalkan pengambilan ESP,  ibu2 perlu mengamalkan teknik penyusuan dengan betul, pengambilan air yang cukup dan jadual pam yg konsisten semasa anak tiada bersama bagi menyokong kejayaan perjalanan penyusuan. Fahami konsep supply by demand. Pastikan juga ibu jauh dari stress dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun, terbaik untuk anak anda :)

==========================================
FREE CONSULTATION
SID:NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA
NO TELEFON: 016-7885402/017-7919722
COD: KLUANG, MERSING DAN KAWASAN SEKITARNYA

==========================================

Sunday, 14 December 2014

MALU BERDEPAN DENGAN ORANG RAMAI GARA-GARA PARUT JERAWAT PENUH SATU MUKA


Masalah parut jerawat sukar untguk dihilangkan memang akan menimbulkan perasan malu bila mahu berhadapan dengan orang ramai. Even bila jerawat tumbuh je kita da malu, ini kan pula kesan parut jerawat. 

Hari ni wawa nak dok cerita, baru-baru ni dia cuba supplement Shaklee iaitu vita C, mak aiii,, parut jerawat dia hilang. . Sebelum ni dia cakap dia da try banyak produk. Ade produk yang dia try makin banyak jerawat yang tumbuh. 




 TESTIMONI PENGGUNA VITA C

 


Saturday, 13 December 2014

CARA MENGATASI MASALAH SAKIT GIGI

Sakit gigi? Takut kena cabut? kalau kena sakit gigi memang tak senang duduk. Hati pun kadang-kadang tak senang juga dibuatnya.
Punca sakit gigi juga penyebab buat orang yang terkena tu tak dapat nak fokus kerja asyik fokus kat gigi je. Cepat geram pun ada. Gigi berlubang lagilah.






Wawa sendiri tak pernah lagi mengalami sakit gigi. Tapi sedang kan bila gigi geraham nak tumbuh da macam apa sakitnya. Lagi kan sakit gigi atau gusi bengkak. 

CARA MENGATASI MASLAAH SAKIT GIGI

1) Campurkan sedikit cuka atau garam dalam segelas air suam. Kemudian gunakan air ini untuk berkumur.
Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.


Friday, 12 December 2014

INIBLOGKE 600 BLOGLIST

santai blogwalking.. memang best


KLIK BANNER DI ATAS!!!

Thursday, 11 December 2014

Segmen Follow Dan Blogwalking By Muhammad Shahril

Jom join segmen follow dan blogwalking by Muhammad Shahril. Banyak manfaat semasa singgah diblog blogger-blogger yang lain. Ada juga ganjaran tau bagi yang join.


KLIK BANNER DI ATAS!!

Wednesday, 10 December 2014

RAHSIA HILANGKAN PERUT SEBU ATAU MEMULAS YANG MENYEBABKAN KENTUT BERPANJANGAN

Perut yang masuk angin atau lebih dikenali sebu memang amat menganggu kita. mestilah kita rasa tak selesa lepas tu asyik nak kentut je. perut sebu nih boleh buat tekak kita merasa loya. bila angin da masuk perut dan da naik ke kepala, kepala kita pon rasa sakit.

Macam wawa perut wawa sebu bila minum air teh pepagi.konpem lepas tu asyik nak kentut je. haishh.. siapa yang ada masalah macam wawa, wawa nak syorkan atau share rahsia hilangkan perut sebu nih.

Cara traditional yang selalu di amalkan untuk menghilangkan sebu adalah dengan menggunakan halia atau bawah putih. Jika menggunakan halia, ambil seketul halia sebesar ibu jari, ketuk atau tumbuk kemudian masukkan dalam air masak, kacau dan minum. Sekiranya menggunakan petua bawang putih, ambil 2 ulas bawang putih dan dibakar. Kemudian pecahkan atau kunyah bawah putih tersebut dan makan. Amalkan dua kali sehari hingga hilang rasa kembung perut. Tapi wawa ade rahsia yang mudah dan ringkas untuk menghilangkan sebu nih



PEPPERMINT GINGER PLUS MELEGAKAN PERUT SEBU DENGAN CEPAT




KEBAIKAN PEPPERMINT GINGER PLUS

  • melegakan otot perut
  • berfungsi sebagai penenang kepada perut sebu
  • membantu masalah penghadaman
  • mengurangkan masalah mabuk laut/darat
  • melegakan ketidakselesaan perut akibat salah makan
  • menghalang muntah selepas pembedahan
  • melegakan sakit perut dan gejala flu
  • melegakan masalah pencernaan
  • memberikan peredaran tenaga kepada badan dalam badan dan perut.
  • menghilangkan masalah kembung perut

SIAPAKAH YANG KENA AMBIL PEPPERMINT GINGER PLUS??

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.
lepas nih da tau kan nak ambil ape kalau perut sebu melanda. hah jom cuba.. belum cuba belum tau
=================================================
 FREE CONSULTATION
SID:NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA(WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722/016-7885402
COD: KLUANG, MERSING DAN KAWASAN SEKITAR.
================================================

Tuesday, 9 December 2014

TIDAK BOLEH TIDUR MALAM GARA-GARA BATUK YANG BERPANJANGAN

Nak bercerita pasal batuk nih.. Apabila batuk menyerang, pasti kita amat risau yelah tak dapat tidur malam dengan lena malah bukan kita turut merasainya. Mereka yang ada dengan atau dekat dengan kita turut mengalami gangguan yang sama. 

Batuk yang berlarutan boleh menyebabkan kita tidak selesa dengan persekitaran dan boleh berjangkit. Wawa nak share bagaimana nak tangani masalah batuk berpanjangan nih



TANGANI MASALAH BATUK YANG BERLARUTAN

1) campurkan sesudu kicap + perahan limau kasturi.. minum setiap pagi dan malam

2) minum madu yang dicampur dengan perahan limau nipis/ limau kasturi..minum setiap pagi dan malam

3) Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam

4) untuk anak2, anda boleh berikan setengah sudu kecil madu asli dibancuh bersama air suam dan minum 

5) ada juga petua suruh makan 2 ulas bawang putih bakar. setiap malam.. ohhh..yang ni saya tak sanggup..huhuu...

6) Sapukan minyak panas dibelakang dada bayi anda untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak ketika tidur malam..

OMEGA GUARD MEMBANTU PULIHKAN BATUK BERLARUTAN 

Omega Guard membantu dalam mengatasi masalahbatuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman. Omega juga dapat melegakan pesakit asma
 
Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard itu bertindak sebagai anti-keradangan. Omega juga bantu legakan batuk, kahak tu kan macam lemak sikit, berlendir, so omega ni dapat cairkan kahak juga,, ( fungsi omega itu sendiri membakar lemak)
 
OMEGA
SHAKLEE OMEGA GUARD
==================================

FREE CONSULTATION
SID: NURUL AZWA (WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722/016-7885402
COD: KLUANG,MERSING DAN KAWASAN SEKITARNYA
=================================

Monday, 8 December 2014

KURANG VITAMIN DALAM BADAN PUNCA DEMAM SELESEMA

***SHAKLEE PRODUCT(M) SDN BHD(381287-T)*




hik hok hik hok.. bunyi yang agak mengganggu dan punca tidak boleh tidur malam. Dengan hidung tersumbat confirm-confirm laa tak boleh tidur malam. Kalau wawa bila nak tau demam datang mesti start dengan hidung panas lepas itu, selesema dengan tekak perit sangat. 


wawa bila da rase hidung dah panas terus wawa minum air isotonik tak kisahlah air 100plus atau revive. ni pon sekarang da start da flu haishh.. biasa lah lepas balik dari camping confirm badan sengal-sengal. 

oKAy, sebenarnya punca badan kita demam sebab kurangnya vitamin dalam badan. Kita takde agen pertahanan badan yang kuat tambah pula dengan sistem imun kita yang lemah tak boleh melawan penyakit yang datang.

So, wawa nak share macam mana nak melegakan demam selesema atau mengurangkan demam nih.



CARA MELEGAKAN DEMAM SELESEMA


  • MULAKAN DARI KAKI

Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air  bermula dari kaki baru ke kepala...
Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.

  • TEKNIK WET SOCKS

Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..

Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali.  Ulangi sehingga suhu badan turun.

TIDAK PERLU ELAK AIR BATU 

Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam.  Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.


  •  MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN

Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh.  Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.

Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam.  Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.

Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit.  Pendek kata , anda perlu bersikap positif.

  • PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM

Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat.  Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.  Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.

  •  HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM

Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.


  • JANGAN SELIMUT

Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal.  Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan

  • AMBIL SUHU BADAN

Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam

  • TIDUR DAN REHAT

Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh.  Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif.  Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat.  Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

  •  BANYAK MAKAN BUAH

Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.  Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

  •  MADU MEMBERI TENAGA SEGERA

Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia.  Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga.  Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

  • MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS

Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit.  Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

  • MAKAN MAKANAN BERNUTRISI

Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun.  Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur.


VITA C DAPAT MENGURANGKAN PANAS BADAN


 Sustained Release Vita C Plus




Vitamin C shaklee yang terbaik dapat kurangkan sakit kepala migrain dan demam selsema dan sekaligus dapat disembuhkan.
● Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
● Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

=================================================

FREE CONSULTATION
SID: NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA(WAWA)
NO TELEFON:017-7919722/016-7885402
COD AREA: KLUANG,MERSING DAN KAWASAN SEKITARNYA

===================================================